Menjelang pilihan raya, Bersih melatih rakyat Malaysia untuk mengesan penipuan dalam PRU13


KUALA LUMPUR, 1 Jan — Penipuan pilihan raya perlu dilakukan secara berhati-hati semasa pilihan raya umum (PRU) ke 13 oleh kerana ribuan yang dilatih akan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis untuk mengesan penipuan dan keganasan politik pada hari mengundi.

Selain daripada ejen pengiraan undi yang dilantik calon bertanding di setiap pusat mengundi, terdapat sekumpulan lagi pemerhati yang akan memantau kem SPR di luar dan di dalam sementara pengundi  menentukan siapa yang bakal mengawal Putrajaya selepas ini.

Mereka adalah “pemantau rakyat” Bersih 2.0 — rakyat biasa yang akan mengundi pada hari tersebut, tetapi terlatih oleh pakar pilihan raya tempatan tentang bagaimana untuk memantau penipuan yang mungkin berlaku dan apa yang boleh dilakukan dengan maklumat tersebut.

Dalam temuramah bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menerangkan disebalik inisiatif “pemantau rakyat”, kempen yang digelar “Jom Pantau” yang akan dilancarkan bersama “Jom 100” pada bulan ini, sebagai percubaan kumpulan tersebut untuk memastikan pilihan raya ke-13 dijalankan secara adil.

Ambiga, yang kini mendapat pengiktirafan antarabangsa diatas usahanya bersama kumpulan reformasi pilihan raya itu, berkata sebabnya mudah — walaupun banyak perubahan dan jaminan dari SPR dan kerajaan, Bersih 2.0 masih percaya pilihan raya akan datang akan menjadi paling kotor dalam sejarah Malaysia.

Beliau berkata ini disebabkan mereka yang berkuasa terdapat terlalu banyak dipertaruhkan apabila pilihan raya dijalankan, dan tahap kesedaran rakyat tentang mengundi meningkat, dan dengan rasa tanggungjawab awam memuncak dirasai oleh pengundi hari ini, mereka yang mahu menipu akan lakukan apa sahaja asalkan hasrat mereka terlaksana.

“Kita ada keganasan politik masih berlaku sehingga hari ini. Tetapi polis tidak menangkap sesiapa. Ia kelihatan seolah-olah sesetengah orang boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya.

“Pada hari mengundi nanti, keganasan politik adalah apabila anda menakutkan orang ramai untuk ke pusat mengundi, apabila adanya ugutan dan sesetengah orang akan menjadi emosional… jangan lupa, kebanyakan mereka ini datang dari parti politik yang sudah banyak menabur wang untuk pilihan raya ini.

“Tetapi apa yang bimbang adalah tentang bagaimana semua orang melepaskan diri dengan ini ... Sekarang polis adalah partisan, mereka menerima arahan memberitahu mereka untuk tidak mengambil tindakan,” katanya.

“Saya rasa hanya penakut sahaja akan lakukannya, mereka yang akan tewas, mereka yang takut untuk tewas akan lakukan begini. Jika tidak, mereka tidak perlu takut langsung.”

Ambiga menceritakan pahit getir Bersih sepanjang beberapa tahun lalu bermula dari perhimpunan sebelum pilihan raya 2008, kepada perhimpunan 9 Julai pada tahun 2011, dan duduk bantah pada 28 April, dan walaupun segala kerja keras, dan berkata walaupun semua kerja keras, reformasi pilihan raya kerajaan amat menyedihkan, separuh masak dan tidak ikhlas pada tahap terbaik.

“Tidak ada ketulenan tentang niat mereka untuk berubah. Tidak ada langsung,” katanya lagi.

Tetapi beliau berkata, Bersih 2.0 adalah badan pemantau yang menjadi pemangkin kepada pergerakan badan bukan kerajaan (NGO), mengambil keputusan untuk tidak menyerah kalah begitu sahaja.

Gabungan itu mungkin tidak dapat meyakinkan kerajaan berkenaan hasrat mereka tentang keperluan perubahan proses pilihan raya, seperti menghapuskan ribuan senarai nama meragukan dalam daftar pemilih, dan mengakhiri keganasan politik, tetapi Ambiga mengatakan Bersih 2.0 sudah mencapai pencapaian yang membanggakan.

“Kita sudah berjaya menyedarkan ramai orang,” katanya lagi.

“Kerana itu Januari ini, kita akan buat dua kempen untuk menyedarkan rakyat Malaysia untuk mengundi dan mengesan penipuan pilihan raya.

Ambiga berkata Bersih 2.0, dengan bantuan Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Rakyat Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil Bebas (Mafrel), akan bekerjasama untuk memastikan lebih ramai “pemantau rakyat” untuk memantau dengan menggunakan media sosial dan melalui telefon.

Sebuah lagi NGO, Tindak Malaysia, sudah melakukan latihan dan merekrut agen pengira undi atau “PACABA” - individu yang dilantik setiap calon untuk memerhatikan pengiraan undi di dalam pusat mengundi sendiri.

Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, pegawai program Komas Arul Prakash menawarkan untuk menunjukkan latihan kumpulan tersebut bagi program “Jom Pantau”.

Beliau menjelaskan kesalahan yang kerap berlaku sebelum semasa pilihan raya adalah politik wang dan penyalahgunaan jentera kerajaan, kedua-dua peringkat persekutuan dan negeri, semasa kempen pilihan raya.

“Mereka mengadakan jamuan makan malam mewah dan besar atas nama parti dan jabatan kerajaan.

“Ini yang perkara asas yang kita mahu orang ramai pantau,” katanya lagi.

“Selain itu, kita mahu orang turun ke peringkat bawah, jadi jika ada yang merancang penipuan, mereka akan berfikir dua kerana kali ini, mereka sedang diperhatikan,” katanya lagi.

Arul berkata objektif utama “Jom Pantau” untuk memastikan penipu kurang jumlahnya berbanding pemantau Bersih 2.0 dan menghalang mereka dari melakukan sebarang kesalahan pada hari mengundi.

Beliau berkata Komas sudah merekrut 300 pemantau yang didaftarkan di bawah “Jom Pantau” tetapi Bersih 2.0 berharap untuk menarik sekurang-kurangnya seribu lagi, untuk memastikan setiap kawasan mempunyai kumpulan yang cukup untuk memantau proses pengundian.

Untuk mendaftar sebagai pemantau rakyat, individu perlu untuk melawat laman web Jom Pantau dipru13.info.

“Kita akan mendedahkan siri latihan kita dan maklumat lain apabila kita melancarkan kempen pada Januari. Sekarang ini, kita sedang memperkukuhkan strategi,” katanya lagi.

Sementara itu, Tindak Malaysia sudah melatih PACABA dalam beberapa bulan sudah. Walaupun inisiatif init tidak melibatkan “Jom Pantau” Bersih 2.0, Ambiga mengatakan mereka sangat penting bagi memastikan pilihan raya adalah bersih dari manipulasi.

Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, wakil Tindak PY Wong memberitahu bahawa PACABA adalah “benteng terakhir” dalam pilihan raya yang bersih dan adil.

“Kamu boleh ada semua pemantau pilihan raya dalam dunia tetapi tanpa latihan yang mencukupi bagi agen mengundi dan pengiraan undi, ia tidak bermakna.

“Ini seperti mengunci pintu selepas kuda dicuri. Sebab itu kita merasakan Tindak Malaysia boleh memberi sumbangan besar kepada masyarakat sivil,” katanya lagi.

Wong menjelaskan bahawa terdapat banyak kemungkinan untuk melakukan penipuan pada hari pengundian — sepanjang proses keseluruhan “aliran kertas”, dari cek inventori, bahan-bahan pilihan raya seperti kertas-kertas undi dan daftar pemilih sendiri, dan akhirnya, pengiraan undi sebelum keputusan disahkan, diterima dan diumumkan.

Sebagai contoh, beliau berkata bahawa kesahihan kertas undi adalah serampang dua mata — nombor siri dan cop mesti disahkan dan diperiksa untuk memastikan bahawa tidak ada undi pendua.

Beliau menambah proses pengundian berjalan antara 8 pagi hingga 5 petang, agen pusat pengundian perlu memastikan hanya pengundi tulen sahaja dibenarkan untuk mengundi.

“Dan pastikan mereka tidak mengundi dua kali. Tetapi jangan lupa… kita mrmpunyai ramai muka untuk diingati, dan kita biarkan proses menjadi rujukan bagi memastikan tidak ada penipuan,” katanya.

Wong memberitahu bahawa dakwat kekal yang ditunggu-tunggu akan digunakan bagi memastikan tidak berlakunya pengundian dua kali dalam pilihan raya, akan tetapi beliau memberi amaran penipuan masih boleh berlaku walaupun menggunakan teknik ini.

“Walaupun dakwat kekal akan digunakan kali ini, ia dicipta untuk gagal,” katanya.

Wong memberitahu terdapat kurangn undang-undang untuk memastikan penggunaan dakwat kekal bebas daripada penipuan.

Beliau berkata seorang individu boleh ke tempat mengundi menggunakan gam lutsinar di jarinya, dan selepas ditandakan dakwat kekal, individu tersebut boleh membasuh keluar gam dan dakwat tersebut serta mengundi sekali lagi.

Satu lagi contoh lain, Wong berkata dakwat itu haruslah ditandakan selepas individu itu mengundi, tetapi dalam prosedur terkini di bawah sistem SPR, ia dilakukan sebelum pengundi mengundi.

Beliau berkata ini membuang masa dan boleh mengganggu proses pilihan raya, dengan menafikan hak pengundi dari menjalankan tanggungjawab sebelum jam 5 petang.

“Kami mempunyai penyelesaian ... keluarkan penandaan pada jari dari proses mengundi. Jadi, anda boleh kembali ke cara lama ... itu sahaja sekali undi dibuang, ada akan ada dua botol dakwat disediakan untuk menandakan, dan bukannya satu ... ini akan membantu mematuhi dengan keperluan masa, “katanya.

Wong mengatakan, seperti aktivis Bersih 2.0 yang mengadu idea mereka telah dibantah oleh pegawai pilihan raya dalam SPR.

“Sebab itu saya mengatakan kita boleh berharap dari pemantau rakyat untuk faktor pencegahan, pada akhirnya nanti, kita semua mahukan ia berjalan dengan betul. Apakah kita mahu undi kita dikira?” katanya lagi.

Tetapi Ambiga masih percaya jika penipuan pilihan raya terus berlaku, hanya penglibatan orang ramai secara besar-besaran dalam pengundian boleh mengatasi penipuan tersebut.

Peguam merangkap aktivis itu menegaskan kejayaan Bersih yang terbesar setakat ini — rakyat Malaysia kini lebih sedar kepentingan undi tunggal boleh menjadi reformasi yang diperjuangkan oleh kumpulan tersebut.

“Itu cukup kuat, jika rakyat boleh melihat adanya harapan, jika Bersih diberikan harapan, kita akan terus jadi kuat,” katanya lagi.